Pemborong Pati Minyak Wangi

Duro Kimia adalah pemborong pati minyak wangi (fragrance oil) dari Grasse, Perancis. Grasse merupakan pusat industry perfume di Perancis dan juga dikenali sebagai ibu kota perfume dunia (la capitale mondiale des parfums), jadi sudah tentulah pati minyak wangi yang dihasilkan di sana mempunyai kualiti yang terbaik. Pati minyak wangi yang diinspirasikan daripada haruman antarabangsa ini tidak mengandungi alkohol.

Kami membekalkan pelbagai pilihan pati minyak wangi untuk setiap kategori termasuklah kegunaan peribadi, kegunaan rumah, perfume, kegunaan industri dan sebagainya. Namun kepakaran kami adalah dalam membekalkan pati minyak wangi untuk perfume EDP/EDT, diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa, buat lelaki dan juga wanita. Kesemua pati minyak wangi kami tidak mempunyai alcohol serta mengandungi kepekatan yang tinggi (non-diluted). Samada anda sedang mencari haruman klasik mahupun yang terkini, semuanya di sini. Klik untuk lihat senarai penuh.

Oleh kerana kami merupakan peniaga bahan-bahan kimia, kami borong pati minyak pada harga yang sangat rendah, dan secara langsung anda juga turut menikmatinya. Jadi anda boleh yakin bahawa produk kami adalah berkualiti tinggi, namun boleh didapati pada harga borong yang berpatutuan! Siapa kata tak boleh nikmati segalanya, kan?

Jadi, mengapa perlu pilih pati minyak wangi kami?

  • Kualiti yang terbaik
  • Tanpa alkohol
  • Berkepekatan tinggi (non-diluted)
  • Tahan lama
  • Boleh dibawa solat

 

Kami membekalkan bungkusan daripada sekecil 1kg. Jadi walaupun anda seorang pengguna kasual ataupun baru bermula dalam bisnes produk haruman seperti ini, kami bersedia untuk membantu anda!

Hubungi kami bagi sebarang pertanyaan!