Pembekal Pati Minyak Wangi
Jika anda mewakili kilang atau punyai bisnes minyak wangi yang kecil di rumah, dan sedang mencari pembekal yang dipercayai, pencarian anda kini berakhir! Kami di DKE membekalkan pati minyak wangi (fragrance oil) dengan kualiti yang terbaik dari Perancis. Pati minyak wangi kami adalah diborong terus dari Grasse, Perancis, sebuah tempat yang terkenal sebagai pusat industri perfume di Perancis, juga ibukota perfume dunia! Dengan gelaran sebegini, tidak hairanlah pati minyak wangi yang kami bekalkan adalah berkualiti tinggi, setaraf dengan reputasinya!
Duro Kimia telah beroperasi sebagai syarikat perdagangan barang-barang kimia semenjak 1982. Sebab itulah kami mampu untuk memborong pati minyak wangi dalam kuantiti yang besar dan harga yang rendah. Begitulah caranya kami mampu menawarkan pati minyak wangi berkualiti tinggi pada harga murah kepada pelanggan kami, iaitu anda! Siapa kata kita tak boleh miliki segalanya, kan?
Kepakaran kami dalam bisnes pati minyak wangi (fragrance oil) ini adalah membekalkan haruman yang diinspirasikan oleh jenama terkemuka dunia. Pembekal kami adalah butik haruman di Perancis yang bekerjasama dengan nama-nama yang paling laris di peringkat antarabangsa! Jadi anda boleh yakini akan pati minyak wangi kami yang setanding dengan apa yang ditawarkan di pasaran.
Pati minyak wangi yang kami tawarkan adalah asli dan berkepekatan tinggi (non-diluted). Ia juga tidan mengandungi alcohol, khas buat pelanggan-pelanggan Muslim kami. Jadi samada anda sedang mencari haruman yang klasik mahupun yang terkini di pasaran, semuanya ada di sini! Klik untuk melihat senarai.
Kelebihan pati minyak wangi kami:
Kami menawarkan pembelian secara borong, walaupun dalam saiz sekecil-kecil 1kg. Ya, kami cuba memenuhi keperluan semua pelanggan tidak kiralah besar ataupun kecil, kerana kesemuanya penting buat kami! Hubungi kami dan beritahu apa yang sedang anda cari, dan kami akan cuba membantu dengan sedaya upaya!