Pati Minyak Wangi

Jika  anda sedang mencari pati minyak wangi (fragrance oil) buat penjagaan diri ataupun perfume EDP yang setaraf dengan jenama terkenal antarabangsa, pencarian anda berakhir di sini! Kami merupakan pemborong pati minyak wangi berkualiti tinggi dari Perancis.  Pati minyak wangi kami adalah hasil konsentrasi yang tulen, terus dari kilang di Grasse yang dikenali sebagai pusat industri perfume Perancis dan juga ibu kota perfume dunia (la capital mondiale des parfums).

Pati minyak wangi kami ternyata:

  • Berkualiti tinggi
  • Tidak mempunyai alkohol
  • Mempunyai kepekatan  tinggi
  • Berbau harum yang berkekalan
  • Boleh dibawa solat

Kami merupakan pembekal pati minyak wangi antarabangsa dengan lebih seratus pilihan untuk anda, seperti yang disenaraikan di sini.

Apa yang anda inginkan tiada dalam senarai? Hubungi kami dan kami akan uruskan!

 

Ramai yang tertanya, apa sebenarnya pati minyak wangi (fragrance oil) ni? Pati minyak wangi yang juga dikenali sebagai aroma oil atau aromatic oil adalah kompaun aroma sintetik ataupun minyak pati (essential oil) yang telah dicampurkan dengan minyak pembawa seperti Propylene Glycol. Jadi, apa bezanya antara pati minyak wangi dan minyak? Kedua-dua minyak ini ada persamaannya tetapi mereka juga sebenarnya sangat berbeza.

Minyak pati yang asli adalah hasil penyulingan ramuan bunga, herba, akar dan resin yang tidak dicampurkan dengan mana-mana minyak pembawa (carrier oil). Minyak seperti ini biasanya sangat mahal dan bernilai disebabkan harumannya yang kuat dan juga khasiatnya daripada segi perubatan. Tumbuh-tumbuhan dan minyak pati yang dihasilkan daripadanya mempunyai bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada tubuh badan, samada baik ataupun buruk bergantung kepada bahan yang digunakan. Sebab itulah pengetahuan dalam herba dan minyak ini semua sangat penting sebelum boleh menggunakannya.

Antara faedah minyak pati yang paling bernilai adalah: melembutkan kulit dan rambut, melembabkan kulit, melegakan ruam/sczema/psoriasis, mengurangkan tekanan dan kerisauan, melegakan migrain, dan juga meningkatkan kesihatan diri.

Namun minyak pati ada juga kelemahannya. Ia selalunya sangat mahal – contohnya minyak pati Rose Otto yang memerlukan ribuan petal bunga ros untuk menghasilkan setitik minyak. Satu auns cecair biasanya  bernilai sehingga RM800. Harumannya memang memukau dan sangat tahan lama. Namun tak semua orang mampu untuk menggunakannya dengan kerap kerana harganya yang mahal. Sebab inilah ramai yang beralih kepada pati minyak wangi yang lebih berpatutan.

Satu lagi kelemahan minyak pati adalah kualiti serta baunya sangat bergantung kepada baka tanaman yang diambil. Minyak pati juga berbeza mengikut kawasan disebabkan kepelbagaian dalam jenis tumbuh-tumbuhan, persekitaran, dan sebagainya, sekaligus menyukarkan pembuat minyak wangi untuk mengekalkan kualiti produk yang konsisten. Ini mungkin bukan masalah bagi individu yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi melainkan dia memang sangat teliti dengan haruman masing-masing. Namun bagi pembuat minyak wangi yang menyara hidup dengan menjual hasil produk mereka, ini bukanlah perkara yang baik, sebab itulah kebanyakan pembuat haruman seperti ini memilih untuk menghasilkan pati minyak wangi (fragrance oil) bagi kualiti yang terjamin.

Akhir sekali, sesetengah minyak pati yang berbau harum mungkin tidak begitu bagus untuk kesihatan sekiranya ianya beracun atau menyebabkan kegatalan pada badan manusia. Ini sangat mengehadkan kegunaan minyak aromaterapi tersebut. Sebaliknya, pati minyak wangi (fragrance oil) membolehkan anda menikmati khasiat yang diberikan oleh herba-herba yang biasanya beracun ini, tapi tanpa sebarang kesan simpangan.

Ciri-ciri ini: pengertian, khasiat, dan juga kelemahan minyak pati (essential oil) serta maklumat akan pati minyak wangi (fragrance oil) sebagai alternatif adalah permulaan yang baik namun adalah penting untuk kita turut mengetahui akan pengertian pati minyak wangi. Pati minyak wangi kebiasaanya adalah sintetik; ia tidak mengandungi pati bunga asli jadi kegunaannya dalam aromaterapi hanyalah sebagai haruman semata-mata. Sesetengah pati minyak wangi adalah bukan sintetik, minyak ini adalah hasil campuran minyak asli dan minyak pembawa. Jika anda bercadang untuk menggunakan pati minyak wangi sebagai setanggi, haruman mandi, dan sebagainya, pastikan ianya diperbuat daripada minyak yang sintentik dan berkepekatan tinggi. Pati minyak wangi yang sebenarnya merupakan campuran minyak pati/minyak pembawa adalah terlalu cair dan baunya tidak cukup kuat untuk digunakan dalam apa-apa produk lain. Sebaliknya, gunakan minyak pati/minyak pembawa tersebut untuk disapukan terus ke atas kulit, rambut, ataupun lilin.

Akhir sekali, pati minyak wangi adalah bermanfaat walaupun ianya sintetik kerana aromanya membantu menenangkan minda dan melegakan resah. Namun ingat, ia tidak boleh dimakan terus seperti minyak pati yang asli. Harganya juga jauh lebih berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja untuk kegunaan harian. Sudah tentulah pilihan antara pati minyak wangi (fragrance oil) dan minyak pati (essential oil) ini bergantung kepada kegunaan dan juga peruntukan si pemakai.